fadilah's FotoPage

By: dila azuraizi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 21-Apr-2008 12:00 Email | Share | Bookmark
Fluffy Banana Cup Cake

sebelum haziq masuk wad ada beli pisang, so bila haziq keluar wad pisang tu dah terlalu masak. terus teringat kan resipi Fluffy banana cup cake resipi "Mat Gebu" dari MyR yang dah lama dlm simpanan. bahan2 pun mudah jer... cik Mat dila copy paste dari blog cik mat ya.... jangan marah tau.

tapi cup cake dila menurun selepas kuarkan dari oven, tak tau kenapa. walau apa pun rasanya mmg sedap, lembut dan gebuuuuu.





Quote:
Fluffy Banana Cup Cake

Bahan-Bahannya:- (buat 1/2 dari adunan dibawah)
120 g tepung halus/tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*
1/4 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan dan diayak)
4 biji telur gred A
120 g pisang, dilecek
120 g gula halus
1/2 camca besar ovallate
85 g mentega cair
50 g kacang walnut, dicincang kasar (tak letak)

Cara membuatnya:-

1. Satukan gula dengan ovallate, pukul hingga sebati dengan gula. Masukkan telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan gebu.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, gunakan speed sederhana. Kemudian masukkan pisang lecek dan diakhiri dengan mentega cair. Gaul hingga semua rata dan sebati.
3. Masukkan cincangan kacang walnut dan gaul rata, sudukan ke dalam paper cup hingga hampir penuh. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C, selama 20 minit. Keluarkan dari oven bila masak dan sejukkan atas jaringan.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net