fadilah's FotoPage

By: dila azuraizi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 18-Apr-2008 12:00 Email | Share | Bookmark
Haziq kena tahan kat wad.....

 
 
 
 
 
 
 
 
hari nie meninggalkan kesan yang cukup mendalam dlm sejarah hidupku. haziq kena demam panas sehingga kejang. pukul 4 pagi dia kena kejang, bangun2 tdo terus bekejar ke hospital. mmg tergamam tak tau nk buat apa, otak tiba2 jammed untuk berfikir. sampai hospital jururawat nk masukkan air, cari urat tak jumpa. habis kiri kanan tangan kena cucuk dgn jarum. kesian sungguh tengok dia menjerit2 kesakitan, sehingga tak sedar air mata ku turut menitis. hati ibu mana yang tak tersentuh bila lihat ank meraung2.
pukul 6.30 pagi haziq dimasukkan ke wad kanak2 di Hospital Tengku Anis Pasir Puteh.
ingatkan siang tu dah boleh balik, tapi doktor kata dikhuatiri akan berlaku lagi.lebih baik tinggal dulu kat hospital sehingga haziq betul2 sihat.
so...malam nie kita tdo di hospital ya sayang. satu malam aku tak tdo sebab terpaksa berjaga2 takut badan dia panas lagi. tapi ku tak keseorangan kerana ibu mertua ku sudi sama2 menjaga haziq kat wad. mungkin dia pun risau kan keadaan haziq. terima kasihhh....
keesokan hari bila doktor check haziq disahkan dah tak demam jadi dibenarkan balik ke rumah. Alhamdulilah.....
sepanjang hari di hospital haziq sungguh happy, walaupun kat tangan masih ada jarum masukkan air. ada masanya dia suruh picit tangannya, mungkin sakit agaknya. makan pun berselera, siap boleh menyanyi2 lagu "aspalela".
huuu...dia tak tau yang ibu begitu risau kan keadaannya. bila dah bunyi suara tu mmg dah sah la dia dah sihat, klu tak senyap jer.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net