budak tak reti dok diam..tengah panas nk merayap jugak
tandas disediakan, tapi berkunci
redup jer kat sinie..
tak berkesempatan nk update skrg nie..tak tau la virus apa yang menyerang skrg nie. suka ronda2 fp org lain, bila tengok fp sendiri jadi malas nk update lagi. ni gambar masa g berkelah baru-baru nie tak banyak yang diambil pun. suka tengok pokok2 yang menghijau, lagipun tak sesuai sangat nk kemana2 sbb cuaca terlalu panas.
Asalamualaikum.. Best gak tengok kampung kelahiran saya dikunjungi ramai orang walhal saya sendiri bila balik ke kampung jarang sekali pergi ke sana. Jarak rumah saya dengan air terjun 1km je dan kalau dari rumah nenek tak sampai 500meter pun. Kawasan bawah lata, adalah didiami oleh saudara mara saya terdekat. tempat cantik tapi kurang kemudahan terutama tandas yang sering menjadi rungutan pengunjung ke situ. Tandas yang ada sekarang ni pun dah jadi mangsa vandalisme budak-budak perosakdari luar kampung lata rek. seingat saya dah lama kerajaan pernah buat tandas dan beberapa kemudahan lain tapi masalah banjir yang sering melanda menyebabakan kemudahan dihanyutkan air walaupun sekukuh mana pun. Tapi saya masih bersyukur kerana masih ramai yang sudi mengunjungi air terjun itu walaupun bermacam-macam rungutan kekotoran, masalah tandas dan macam-macam lagi. Kawasan berpasir yang luas akan berubah bentuk setiap kali musim tengkujuh melanda dan kawasan bawah air terjun memang wajib dipenuhi air setiap tahun.
Saya banyak cerita pasal air tejun kampung saya ini, lubuk kelah, lubuk lesung matahari dan macam-macam mitos.. Nak tahu cerita lebih menarik boleh email kat saya... atau layari malau_azam.blogspot..., atau www.metallism.com..
Wassalam..
Terima kasih kerana sudi datang ke kampung kami Lata Rek.Lata Rek adalah tempat yang paling sesuai untuk mencari ketenangan.Saya sering ke sini samada semasa tension, boring atau tidak ada masalah apa - apa.Bila balik kampung, saya tak akan lupa singgah walaupun sebentar di air terjun ini.Kerana sayangnya saya kepada kampung saya, saya telah pun membina website khas untuk Lata Rek kesayangan saya ini.Anda boleh membukanya di alamat : http://www.latarek.com/ Saya juga adalah admin untuk www.metallism.com . Terima kasih juga kepada Kaklong Nora kerana sudi mempromosikan website saya.Tapi jangan lupa kepada Latarek.com.Segalanya ada di sana.Banyak gambar - gambar menarik ada di situ.Kalau anda ingin menonton video(jika belum pernah ke sana) sahaja, anda juga boleh buka website itu di bahagian galeri.TQ. Terima kasih sekali lagi kepada saudari Fadilah kerana sudi melawat kampung kebanggaan kami.