fadilah's FotoPage

By: dila azuraizi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 17-Dec-2007 12:00 Email | Share | Bookmark
Steam Chocolate Muffin [Muffin Coklat Kukus]

hitam itu menawan....
 
Anak bujang boleh nak makan kek, musim hujan nie mungkin perut dia lapar jer. puas fikir nak buat kek apa, padahal mood mmg takder nk membaking. last-last jumpa resipi kak hanieliza, resipi sungguh mudah dan bahan-bahan pun senang jer. harap kak liza tak marah dila letakkan resipi akak kat fp nie sebagai rujukan di masa depan. so kepada sesiapa yang tak mencuba la mmg rugi dan tak sia-sia mencubanya.( psstt... kak liza dila tolong promote pulak)

***hitam-hitam si tampok manggis..... sungguh pun hitam ku pandang manis.... ***


Quote:
MUFFIN COKLAT KUKUS

Bahan A
2 1/2 cawan tepung superfine
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan gula perang
2 s/k soda bikarbonat
1/2 s/k garam

Bahan B
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
1 cawan air panas
1 s/k esen vanilla

Cara.
1. Panaskan kukusan dan lapikkan acuan muffin dengan paper-cup
1. Ayakkan tepung, serbuk koko dan soda bikarbonate.
2. Gaulkan semua bahan A supaya sebati.
3. Masukkan bahan B dan gaulkan rata subaya sebati.
4. Masukkan adunan dalam paper-cup dan kukuskan selama 25 minit dengan api yg sederhana.
5. Angkat dan hidangkan.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net