fadilah's FotoPage

By: dila azuraizi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 7-Jul-2007 12:00 Email | Share | Bookmark
I'm Back....

 
adusss.... rasanya dah agak lama tak meng update kan fotopages ku ini. bukan apa baru2 nie anak demam... bila anak dah baik ibunya pulak demam. hee.... nie baru dapat mood nk meng update fp semula. sebabnya dok teruja bila melawat fp teman2 yang lain, bermacam2 menu yg tersedia. sedangkan ku punya fp. masih di takuk lama. so.... hari nie punya entry ku cuba buat cakoi. setelah berguru dengan teman fp ku "zura" (terima kasih) akhirnya menjadi jugak cakoi ku yang tak berapa nk menjadi sebenonya. tapi boleh la.... apa2 pun mmg sedap.

resipinya dapat dari fp mamafami. terima kasih mama untuk resipi cakoi mu ini..... ku copy di fp ku ini ya mama. untuk teman2 yang ingin mencuba dipersilakan.....

Quote:
CAKOI

Bahan-bahan :

400 g tepung ~ diayak
1 cawan air
1 sudu besar majerin ~ dicairkan
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
1 kuning telur
2 sudu kecil yis segera
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
minyak untuk menggoreng

Kaedah :

1. Satukan air, majerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis dan soda bikarbonat dalam mangkuk besar. Kacau agar sebati.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan di atas.
3. Ulikan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari. Biarkan selama setengah jam. Bekas berisi doh hendaklah dibalut di dalam beg plastik yang bersih.
4. Canaikan doh setebal 1/2 sm, kalau boleh dalam bentuk segiempat tepat.
5. Potong kepada kepingan bersaiz 1 inci.
6. Rendamkan lidi di dalam air. Tekankan lidi basah tersebut di atas setiap kepingan 1 inci tersebut.
7. Cantumkan dua kepingan dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu sama lain .
8. Panaskan minyak. Tarik kedua-dua hujung cakoi dan goreng hingga keperangan.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net