fadilah's FotoPage

By: dila azuraizi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 12-Jun-2007 07:14 Email | Share | Bookmark
nasi lemak oh nasi lemak.....

 
 
 
 
dah tak tau nk masak apa untuk sarapan pagi. biasanya beli jer, tapi hari nie terlebih rajin pulak. bgn dri pukul 5.30 pgi lagi dah prepare nk wat nasi lemak. copy dri resipi kak hanieliza... tapi dila tukarkan sambal tumis ikan bilis kepada sambal tumis sotong.


Quote:
NASI LEMAK

bahan2
1 kg beras [basuh n toskan]
1 liter santan [5 cawan santan]
3 helai daun pandan koyakkan dan simpul]
3 keping hirisan halia
3 ulas bwg merah [mayangkan]
garam secukupnya
sedikit gula jika suka

Cara
1. Masukan semua bahan dlam periuk dan masak sehingga beras sebati dengan santan.
2. Bila nampak nasi kering, kacau rata dan tutup semula tudung. Biarkan ia sentiasa panas dalam periuk rice cooker.
3. Bila telah masak hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis, telur rebus, ikan bilis goreng, ulam timun dan kangkung rebus.


SAMBAL TUMIS SOTONG

Bahan
sotong [dibersihkan]
1 senduk cili kering mesin ]
3 labu bawang besar ] dimesin halus
sket belacan ]
1 cawan air asam jawa
2 labu bawang besar..mayang kasar
garam
gula
minyak untuk tumis

Cara
1. Tumiskan bahan yg dimesin halus sehingga wangi.
2. Masukkan air asam , sotong, garam, gula dan bawang besar.
3. Masukkan air sedikit dan biarkan sambal mendideh dan pekat dengan api perlahan.
4. Bila dah naik minyak baru angkat.





Quote:
kak ida ~ la... kenapa pulak kak ida ... diet ker dah lama tak makan nasi lemak nie. mmg la nasi lemak nie tak leh makan selalu. sesekali tu boleh ler.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net