fadilah's FotoPage

By: dila azuraizi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 1-Jun-2007 06:04 Email | Share | Bookmark
kek prune kukus

kek kukus buah prune
 
 
gambar blurr sikit
 
tempat tinggal masa kat PD
anak dan anak2 saudara
hari nie abg ku buat family day di Port Dickson. So aku prepare wat kek prune kukus jer. lagipun dia bg tau last minute. menu2 yg lain my sister dah sediakan. Excitednya sbb dah lama tak jumpa family dari kampung, dia org berkonvoi dari johor. dan aku dari Kelantan trus menuju ke PD, yang terrornya dgn tak tau jalan main redah jer. Alhamdulilah tak sesat, itu pun dengan bantuan telefon. sentiasa berhubung dengan abg dan kakak.

Resipi nie tak ingat dari siapa... Maaf la ya tuan punya resipi... saya copy dan paste jer resipinya.yang peliknya permukaan kuih nie.. berlubang2 mcm bulan daaa...tak tau sebab apa. Tapi mmg sedap . coz my family puji sedap, lagipun diorg mmg tau aku nie mana penah wat kek dari zaman solo. bila dah berfamily nie bru ler berjinak2.




Quote:
Kek Prune Kukus Leen

Bahan-bahannya
250 g butter
2 cawan tepung naik sendiri
(ayak dgn 2 sudu teh baking powder jika guna tepung gandum)
1 cawan gula
1/4 tin besar susu pekat manis (kalau tin kecil 1/3, 3 sudu mkn penuh)
20 biji prune (kisar dengan sedikit air, setakat boleh kisar dah cukup)
5 biji prune (hiris kasar)
5 biji telur

Cara :
1. Didihkan air dalam pengukus.
2. Putarkan butter/gula/susu sehingga sebati.
3. Masukkan telur satu per satu dan putar lagi.
4. Masukkan prune yg telah dikisar.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.
6. Akhir sekali masukkan prune yg dihiris kasar dan kacau dengan senduk sudah memadai.
7. Griskan loyang dengan butter dan alaskan dengan kertas minyak, tuang adunan
ke dalam loyang dan kukus selama 1 1/2 jam.
8. Kalau nak bagi cantik, letakkan beberapa biji prune di atas adunan sebelum dikukus sebagai hiasan.

Saiz adunan
3 adunan 7 x 4 atau 1 adunan 9 x 9 berketinggian 2"


Tips
1. Adunan kek dituangkan sehingga separuh ketinggian loyang untuk memberikan ia ruang untuk naik dengan cantik.
2. Boleh campurkan gula 1/2 cup gula halus + 1/2 brown sugar pun sedap. Warna kek akan jadi lebih gelap disebabkan oleh brown sugar tersebut.
3. Boleh guna topping kek coklat sebagai topping kek ini.
4. Didihkan air di dalam pengukus sebelum mengukus kek dan pastikan wap air pada penutup tidak jatuh ke atas kek (cover kek dengan aluminium foil)
5. It is better to use prune jenama SunSweet. Bila guna prune jenama lain, kek prune kurang mengancam dari segi warna dan rasa.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net