fadilah's FotoPage

By: dila azuraizi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 23-May-2007 07:43 Email | Share | Bookmark
Lauk simple untuk hari nie.....

 
gulai telur itik sempoi....
 
close up sikit gambar telur itik.....
 
 
hari sabtu aritu, jalan g pasar minggu. Jumpa pulak org jual telur itik , hmm.... tak pernah lagi masak gulai telur itik ni. Biasanya makan mak mertua yang masak....hmmm hari nie nk try masak sendiri. Ntah macam mana la rasanya... hubby mkn diam jer. tak banyak komplen.
Untuk sayur nya pulak try wat urap (dlm bahasa jawa). dulu kat kampung mak slalu wat mcm nie... tak pun bila ada wat kenduri kat rumah org2 jawa mesti ada pucuk ubi masak urap nie. Kebiasaannya bila makan nasi ambeng tak tinggal urap pucuk ubi.




gulai telur itik sempoi....

Bahan-bahan ( 2 orang )
5 biji telur itik
450ml santan pekat
1-2 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
* 3 ulas bawang merah
* 1cm kunyit hidup
5-6 biji cili - tak letak (my lil boy tak leh mkn pedas)

Cara:-
1. tumbuk bahan2 bertanda *
2. Masukkan santan, asam keping, bahan2 tumbuk, garam dan gula dalam periuk
3. Jerangkan di atas api yang perlahan sambil dikacau sentiasa supaya tidak pecah minyak
4. Bila santan hampir2 mengelegak pecahkan telur sebiji2 sambil dikacau perlahan2, jangan kacau terlalu kuat nnti telur akan pecah. tak jadi bulat.
5. Jangan masak terlalu lama nanti telur jadi keras tak berapa sedap
6. Sedia dihidangkan






urap pucuk ubi

Bahan2

pucuk ubi
**3 ulas bawang merah
**7-8 biji cili
sedikit kelapa parut - ambil putih
sedikit garam

cara :-
1. celurkan pucuk ubi kedalam air yang mendidih.
2. toskan airnya dan dipotong2 sedikit pucuk ubi tadi agar tak susah nk makan .tapi jangan dipotong terlalu kecil.agak2 tak terlalu kecil dan terlalu besar.
3. kemudian tumbuk bahan2 yang bertanda **
4. satu kan bahan2 tumbuk tadi dengan kelapa parut. jerangkan sebentar di atas dapur, goreng/ sangrai tanpa minyak.perasakan dengan garam.
5. masukkan pucuk ubi yang telah dipotong2 tadi, kacau2 sebentar.jangan terlalu lama diatas dapur.
6. boleh lah dihidangkan.



Quote:
MamaFaMi:~ ala mama.... lauk biasa-biasa jer. tak sedap mana pun.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net