fadilah's FotoPage

By: dila azuraizi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 21-May-2007 10:27 Email | Share | Bookmark
Soto ayam bonda...stail dila

simple jer...
 
 
dah letakkan kuah....
nak tambah umphh....letak kan kuah kicap pedas (sambal kicap)
Rasa dah jemu asyik makan nasi jer...so hari ni tukar menu pulak. Masak soto ayam, terjumpa resipi dari kak liza jugak, tapi dila tukarkan dari daging kepada ayam.



SOTO AYAM

Bahan:-
1 ekor ayam [potong kecil]
nasi impit atau mee/bihun
taugeh [tak letak sbb tak der ] - buangkan ekornya
air secukupnya
garam
minyak

Bahan tumis:
4 cm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih

Bahan kisar:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
5 cm halia

Cara

1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan tumis dan bahan kisar sehingga wangi.
2. Masukkan ayam, garam dan air secukupnya. Biarkan mereneh sehingga ayam lembut.
3. Untuk hidangan masukkan nasi impit atau mee/bihun serta bahan lain dan sendukkan sup/kuah tadi.
4. Untuk memberikan perisa tambahkan kicap pedas.


* tara jadilah soto ku yang sungguh simple....serba tak cukup
jadilah wat lepas gian sbb teringatkan soto mak kat kampung huhuhu.....time dok jauh ni barulah pandai berdikari.Nasib baik ada bantuan dari fp2 sifu kat sini.




Quote:
dR ali :~ terima kasih jenguk fp dila nih... ala...soto yang simple jer ni...tak cukup syarat sebenonya...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net