Want your
own Fotopage?

















 
fadilah's FotoPage

By: dila azuraizi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 22-May-2007 09:49 Email | Share | Bookmark
kuih seri muka / puteri salat

close up sikit.....
 
 
gambar gelap sikit...
Alamak...senget plak dah...
Dek kerana sayang kan beras pulut yang dah ada bubuk...aku pun pi la rendam beras pulut tu tanpa pk panjang. Alih2 bila dah curah air , baru teringat nk wat apa dengan beras pulut yang banyak nih. Apa lagi, malam tu jgk la aku wat kuih seri muka ni. resipi nya aku cari dari fp sifu2 kat fp nih.Kalau tak silap kak Liza punya..... terima kasih kak liza atas resipinya.
So enjoy dengan resipinya.......


* dila cuma copy and paste jer resipinya kak liza...






KUEH SERIMUKA

Lapisan Bawah:
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair + sikit garam

Cara
1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
2. Kukuskan sehingga masak.
3. Lapikkan pelastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inic.
4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Lapisan Atas:
2 cawan santan pekat
? cawan jus pandan + warna hijau
1/2 cawan gula
3 s/b tepung gandum
3 s/b tepung kastad
1 biji telur
1 s/t garam

Cara
1. Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
3. Kukuskan lebih kurang 30 minit.
4. Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau pelastik.

* Oleh kerana tiada daun pandan kat rumah, dila tukarkan dengan paste pandan dan pewarna hijau tuk lapisan atas nih...


NOTA: untuk memasak pulut untuk serimuka ni..masukkan pulut dalam loyang bersama santan dan garam..pastu letakkan loyang tersebut dalam periuk kukusan dan tutup. kukuskan sehingga 30 minit. Keluarkan dan kacau rata..pastu tekan pulut dalama loyang yg mahu digunakan untuk kueh serimuka supaya mampat dan kemas..then baru masuk kan lapisan atas..



Quote:
waduh-waduh...malunya sifu-sifu melawat fp ku yang tak seberapa nih...terimakasih sbb sudi jgk jenguk kemari..
hanieliza :~ psstt...kalau tak betul tolong beri tunjuk ajar ya..klu kak liza nk tau ni la first time dila
mencuba wat kuih nih...selama dok ngan mak dulu tak penah nk belajar pun.yang
seronoknya terus menjadi lak tu....
MamaFaMi :~ sama la kita mama...dila minat gak kuih nih sbb tu beranikan diri mencuba buatnya.
zura :~ hehehe...mmg sodap la zura.... (masuk bakul bocor nampaknya nih)

patutlah macam dipanggil jer nak tenguk fp ini..
rupanya namaku diseru-seru...
anyway tahniah la sebab nampak serimuka tu amat berseri-seri skali..
sure tuannya seronok tak terkira....
Tue 22-May-2007 10:20
Posted by:hanieliza  - [Link]
Serimuka atau Putri Salat ni favourite mama ni.. Tue 22-May-2007 13:43
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
kelako laa kak liza... terror arr leh dengo org sebut nama kak liza... nasib baik tak tersedak... ...
Dilla... waduhhhh... sodap kuih seri muka tu... mmg berseri-seri... mesti sodap...
Wed 23-May-2007 00:58
Posted by:zura zura1827@yahoo.com  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.