Hari nie tolong buat kan kuih tart gulung untuk adik ipar. Untuk wat hantaran perkahwinan dia. bukan apa, sambil2 nk habis kan stock jem nenas dalam peti ais. Sayang pulak rasanya kalau nk di buang. kalau dibuat biskut ada gak org yang akan tolong makan.
gambar kuih tart yang belum sempat dibakar......
Bahan-bahan:-
1 buku buttercup
1 biji telur ( diambil kuning sahaja )
3 sudu teh gula halus
3 sudu teh minyak sapi ( Ghee Blend )
3 sudu teh susu tepung
tepung secukupnya
Untuk hiasan:-
1 biji kuning telur (tambah pewarna kuning)
manik2
Cara-cara:-
1. Butter cup + kuning telur digaul rata.
2. Masukkan gula halus diikuti minyak sapi tadi.Digaul hingga sekata.
3. Akhir sekali masukkan susu tepung + tepung gandum tadi.
4. uli sehingga sebati.Jangan terlalu keras / terlalu lembik.