fadilah's FotoPage

By: dila azuraizi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  >  >>]    [Archive]
Sunday, 17-Jun-2007 10:16 Email | Share | | Bookmark
coney sauce ......

 
 
bila singgah kat fotopages kak ida (merpati) teringin sangat nk makan coney sauce. menurut kata kak ida dia dapat daripada Jeni dari resepi net. nampak sungguh menyelerakan. yumm..yummm. apa lagi, cuba la jugak buatnya. mmg sungguh...sungguh sedap...tapi ku buat termasin sikit. saje jer buat pagi2 nie tuk sarapan pagi....sesekali ubah selera. Anyway terima kasih pada resipi nie ....sesiapa yang belum mencuba...cubalah mesti tak menyesal punya.

Quote:
CONEY SAUCE

Ingredients :
1/2 pound ground beef
1/4 cup water
1/4 cup chopped onion
1 clove garlic, minced
1 cup tomato
1/2 tsp chili powder
1/2 tsp msg
1/2 tsp salt

directions
in a medium skillet over medium high heat,saute the ground beef for 10-15 minutes, or until well browned. break up with a fork until fine. add the water,onion, garlic, tomato sauce,chili powder, msg and salt. allow to simmer for 10 minutes or until heated thoroughly.

note : hotdog hendak direbus dulu, letak atas roti dan baru letakkan sos diatas tadi
tak rugi mencubanya , lepas nie tak yah beli kat A&W lagi tau
.






Quote:
kak ida :- segan nk cakap la kak ida... masin sebenonya....ini la akibatnya pandai2 mengubah resipi orang lain... jangan marah yer.... walau macam manapun, rasanya memang sedap....
ej :- heee... ya ker ej, memang patut pun, sedap sesangat. terima kasih sbb sudi lawat dila kat sini..
AmOyYyY :- terima kasih jenguk fp dila yg tak seberapa nie.
Roylazim :- ...yummy... memang menyelerakan.


Saturday, 16-Jun-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
kek pisang....

 
 
hari nie balik rumah mak mertua....byk lak pisang yang dah masak. dia pun bagi sikit , suh wat kuih. mulanya rasa mcm malas lak. tapi sbb hubby yang mintak suh watkan kek pisang ...ku gagahi juga. walaupun badan tak berapa sihat. hmmm.... resipi siapa ntah ...dah tak ingat...sbb byk sangat....sorry la tuan punya resipi ya saya tepek kat sini ... tapi mmg sedap,dan mudah jer.


resipi akan menyusul kemudian




Tuesday, 12-Jun-2007 07:14 Email | Share | | Bookmark
nasi lemak oh nasi lemak.....

 
 
 
View all 4 photos...
dah tak tau nk masak apa untuk sarapan pagi. biasanya beli jer, tapi hari nie terlebih rajin pulak. bgn dri pukul 5.30 pgi lagi dah prepare nk wat nasi lemak. copy dri resipi kak hanieliza... tapi dila tukarkan sambal tumis ikan bilis kepada sambal tumis sotong.


Quote:
NASI LEMAK

bahan2
1 kg beras [basuh n toskan]
1 liter santan [5 cawan santan]
3 helai daun pandan koyakkan dan simpul]
3 keping hirisan halia
3 ulas bwg merah [mayangkan]
garam secukupnya
sedikit gula jika suka

Cara
1. Masukan semua bahan dlam periuk dan masak sehingga beras sebati dengan santan.
2. Bila nampak nasi kering, kacau rata dan tutup semula tudung. Biarkan ia sentiasa panas dalam periuk rice cooker.
3. Bila telah masak hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis, telur rebus, ikan bilis goreng, ulam timun dan kangkung rebus.


SAMBAL TUMIS SOTONG

Bahan
sotong [dibersihkan]
1 senduk cili kering mesin ]
3 labu bawang besar ] dimesin halus
sket belacan ]
1 cawan air asam jawa
2 labu bawang besar..mayang kasar
garam
gula
minyak untuk tumis

Cara
1. Tumiskan bahan yg dimesin halus sehingga wangi.
2. Masukkan air asam , sotong, garam, gula dan bawang besar.
3. Masukkan air sedikit dan biarkan sambal mendideh dan pekat dengan api perlahan.
4. Bila dah naik minyak baru angkat.





Quote:
kak ida ~ la... kenapa pulak kak ida ... diet ker dah lama tak makan nasi lemak nie. mmg la nasi lemak nie tak leh makan selalu. sesekali tu boleh ler.


Sunday, 10-Jun-2007 06:43 Email | Share | | Bookmark
lepat pisang...

 
 
 
dah lama tak makan lepat pisang... teringin plak nk makan. bkn apa, ssh nk cari daun pisang. aritu balik rumah mertua, suh hubby g amik daun pisang . dapat lah merasa lepat pisang nie.

resipinya main agak2 jer... tak main sukat2 pun.

Quote:
lepat pisang campak2 :-

pisang
tepung
gula
secubit garam
santan
daun pisang - untuk membungkus


cara:-
campurkan semua bahan, jerang atas dapur. kacau2 selalu jgn bg berketul2. bila agak2 pekat angkat. dan boleh la dibungkus dengan daun pisang. kemudian dikukus sebentar.





Friday, 1-Jun-2007 06:04 Email | Share | | Bookmark
kek prune kukus

kek kukus buah prune
 
 
View all 7 photos...
hari nie abg ku buat family day di Port Dickson. So aku prepare wat kek prune kukus jer. lagipun dia bg tau last minute. menu2 yg lain my sister dah sediakan. Excitednya sbb dah lama tak jumpa family dari kampung, dia org berkonvoi dari johor. dan aku dari Kelantan trus menuju ke PD, yang terrornya dgn tak tau jalan main redah jer. Alhamdulilah tak sesat, itu pun dengan bantuan telefon. sentiasa berhubung dengan abg dan kakak.

Resipi nie tak ingat dari siapa... Maaf la ya tuan punya resipi... saya copy dan paste jer resipinya.yang peliknya permukaan kuih nie.. berlubang2 mcm bulan daaa...tak tau sebab apa. Tapi mmg sedap . coz my family puji sedap, lagipun diorg mmg tau aku nie mana penah wat kek dari zaman solo. bila dah berfamily nie bru ler berjinak2.




Quote:
Kek Prune Kukus Leen

Bahan-bahannya
250 g butter
2 cawan tepung naik sendiri
(ayak dgn 2 sudu teh baking powder jika guna tepung gandum)
1 cawan gula
1/4 tin besar susu pekat manis (kalau tin kecil 1/3, 3 sudu mkn penuh)
20 biji prune (kisar dengan sedikit air, setakat boleh kisar dah cukup)
5 biji prune (hiris kasar)
5 biji telur

Cara :
1. Didihkan air dalam pengukus.
2. Putarkan butter/gula/susu sehingga sebati.
3. Masukkan telur satu per satu dan putar lagi.
4. Masukkan prune yg telah dikisar.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.
6. Akhir sekali masukkan prune yg dihiris kasar dan kacau dengan senduk sudah memadai.
7. Griskan loyang dengan butter dan alaskan dengan kertas minyak, tuang adunan
ke dalam loyang dan kukus selama 1 1/2 jam.
8. Kalau nak bagi cantik, letakkan beberapa biji prune di atas adunan sebelum dikukus sebagai hiasan.

Saiz adunan
3 adunan 7 x 4 atau 1 adunan 9 x 9 berketinggian 2"


Tips
1. Adunan kek dituangkan sehingga separuh ketinggian loyang untuk memberikan ia ruang untuk naik dengan cantik.
2. Boleh campurkan gula 1/2 cup gula halus + 1/2 brown sugar pun sedap. Warna kek akan jadi lebih gelap disebabkan oleh brown sugar tersebut.
3. Boleh guna topping kek coklat sebagai topping kek ini.
4. Didihkan air di dalam pengukus sebelum mengukus kek dan pastikan wap air pada penutup tidak jatuh ke atas kek (cover kek dengan aluminium foil)
5. It is better to use prune jenama SunSweet. Bila guna prune jenama lain, kek prune kurang mengancam dari segi warna dan rasa.




[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net