fadilah's FotoPage

By: dila azuraizi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  >  >>]    [Archive]
Saturday, 14-Jul-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
muffin keladi......

 
 
baru2 nie ada mintak bantuan kak ida untuk dapat kan papersouffler (betul ke aku eja nie) dan dah dapat pun. apa lagi ku cuba buat muffin keladi resipi dari kak ida.... ntah macam mana gambar yang diambil boleh jadi warna gelap. sedangkan warna asalnya ada lah purple.... almaklum ambil guna kamera hp sajer. apa2 pun rasanya sedap sesangat. tak rugi kalau sesiapa nak mencuba......




Quote:
MUFFIN YAM/KELADI

Bahannya :


1 3/4 cawan tepung naik sendiri
2/4 cawan marjerin cair/butter
1 cawan susu segar
1biji telur
1/2 sudu teh garam
2sudu baking powder
1/2 cawan gula icing
1 sudu besar yam paste ~ tak der so tak letak
1 sudu teh perwarna keladi
1 sudu besar perasa keladi

caranya

satukan minyak/marjerin, susu , telur - gaul hingga sebati
masukkan keladi paste, perwarna keladi dan perasa keladi - gaul sebati
dlm bekas lain - tepung, garam, baking powder dan gula - gaul sebati
buat lubang dlm adunan tepung dan masukkan bancuhan basah diatas - kaup balik
bakar dlm suhu 190 = 25 minit [bergantung kepada jenis oven masing2]


Wednesday, 11-Jul-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Manjaku Jatuh Longkang.................

ada nampak kesan merah2 kat dahi......
siannya dia......budak nakal mmg gitu
nampak bengkak kat tengah2 kening
Hari nie ntah apa malang nya nasib anak aku, boleh jatuh kat dalam longkang. habis tangan dgn muka dia calar balar. kat dahi dia bengkak, mungkin kena tepi longkang. kawan2 dia kata dia nk ambil tutup botol air kat dalam longkang, bila dengar dia menjerit aku terus jer berlari g dapatkan dia. bila aku check tangan dia tak ada apa2, takut juga mana la tau patah ker terseliuh ker. nasib baik cuma calar2 jer. tapi yang teruknya kat dahi dia, bengkak dan lebam. muka dia pucat lesi mungkin terkejut. nangis nya sekejap jer... lepas tu dah boleh g main2 lagi. Pelik betul......


Monday, 9-Jul-2007 04:41 Email | Share | | Bookmark
sardine roll......

 
dek kerana sayang kan roti yang tak diusik takut nnti tumbuh kulat pulak ... ku buat sardine roll. sungguh simple dah mudah nk sediakan. tapi ku sudah mengubah sedikit resipi asalnya. oleh kerana anak ku nk makan juga dan tak boleh nk makan pedas so ku tak letak lada dan bawang dalam resipi ini. dapat resipi nie dari myresipi.com.

Quote:
Bahan-bahan ( 12 sardine rolls )
*1 tin kecil Sardin
*2 biji limau kasturi (ambil perahan)
*sedikit garam
serbuk roti
1 biji telur (dipukul - utk celup roti)

cara:-
1. *Inti* sardine ambil ikannya sahaja dan dihancurkan dlm mangkuk dengan melenyekkannya dengan garfu. biar betul2 hancur.masukkan garam dan air perahan limau kasturi. kacau hingga sebati.
2. roti tadi dikukus sebentar.Ikut suka nak buang atau tidak tepi roti. kemudian gelek roti tersebut sehingga menjadi nipis. Selepas itu, sapu rata sardin ke atas roti & gulung. Buat sehingga habis.
3. Sementara itu panaskan minyak dengan api yg sederhana perlahan
4. kemudian celup ke dalam telur dan kemudian golekkan keatas serbuk roti dan terus masuk kedalam kuali (minyak telah cukup panas). Goreng sekejap sahaja sehingga kekuningan cukup utk memasakkan lapisan telur sahaja.
5. Sedap di makan dgn sos. Cubalah
!






Quote:
Jie jie ~ memang sesuai sangat untuk wat minum petang.
kak ida ~ betul tu kalau tak nanti membazir


Sunday, 8-Jul-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
LONTONG.......

 
hari nie ku sediakan lontong sebagai sarapan pagi. awal2 pagi dah bangun nk sediakan kan kuahnya. lontong ku beli ketupat segera jer dah rebus malam .... mudah dan cepat. tengah hari tak masak sbb buat banyak... lagipun perut masih terasa kenyang lagi.



Saturday, 7-Jul-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
I'm Back....

 
adusss.... rasanya dah agak lama tak meng update kan fotopages ku ini. bukan apa baru2 nie anak demam... bila anak dah baik ibunya pulak demam. hee.... nie baru dapat mood nk meng update fp semula. sebabnya dok teruja bila melawat fp teman2 yang lain, bermacam2 menu yg tersedia. sedangkan ku punya fp. masih di takuk lama. so.... hari nie punya entry ku cuba buat cakoi. setelah berguru dengan teman fp ku "zura" (terima kasih) akhirnya menjadi jugak cakoi ku yang tak berapa nk menjadi sebenonya. tapi boleh la.... apa2 pun mmg sedap.

resipinya dapat dari fp mamafami. terima kasih mama untuk resipi cakoi mu ini..... ku copy di fp ku ini ya mama. untuk teman2 yang ingin mencuba dipersilakan.....

Quote:
CAKOI

Bahan-bahan :

400 g tepung ~ diayak
1 cawan air
1 sudu besar majerin ~ dicairkan
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
1 kuning telur
2 sudu kecil yis segera
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
minyak untuk menggoreng

Kaedah :

1. Satukan air, majerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis dan soda bikarbonat dalam mangkuk besar. Kacau agar sebati.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan di atas.
3. Ulikan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari. Biarkan selama setengah jam. Bekas berisi doh hendaklah dibalut di dalam beg plastik yang bersih.
4. Canaikan doh setebal 1/2 sm, kalau boleh dalam bentuk segiempat tepat.
5. Potong kepada kepingan bersaiz 1 inci.
6. Rendamkan lidi di dalam air. Tekankan lidi basah tersebut di atas setiap kepingan 1 inci tersebut.
7. Cantumkan dua kepingan dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu sama lain .
8. Panaskan minyak. Tarik kedua-dua hujung cakoi dan goreng hingga keperangan.




[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net