fadilah's FotoPage

By: dila azuraizi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  >  >>]    [Archive]
Friday, 25-Apr-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
bersantai di KB MALL

serius betul tenung bola...
 
 
View all 4 photos...
bila rasa boring2 encik suami mengajak kita orang pi jalan2, bila tak tau mana nk pegi saja la nk test skill lama main bowling. ingat malas nk main, almaklum mmg tak penah main bowling. kebetulan adik2 ipar ada balik kat rumah, ajak diaorg join sekali. mula2 mmg rasa malu sbb bola byk masuk longkang, tpi bila pandang kiri kanan pun sama jugak mcm aku...hahahaha...
mcm nk pecah lantai tu bila aku baling. ...

haziq pun nk tumpang dua kaki nk baling jugak.




Quote:
jom sembang:-

ctnik ~ salam kenal tuk ctnik juga. kat rumah mmg ada termometer, biasa klu haziq demam pun cuma demam biasa2 jer. tak pernah pun smpi panas mcm nie. lepas nie akan lebih berhati2.

aziemas ~ hehehe... baru jer amik . tak menyempat2 nk wat h/work yang azie bagi tu.

edazman ~ kak eda dila dah wat pun h/work nya harap akk berpuas hati ya.

eRmA LiNa ~ haziq pandai mengacau org jer.


Wednesday, 23-Apr-2008 09:48 Email | Share | | Bookmark
Touch of Nature

hari yang begitu indah, bila buka saja fp dila dapat bingkisan indah kiriman seorang teman di alam cyber ini.. zura ( http://zura1827.fotopages.com)
terima kasih diucapkan, semoga ikatan persahabatan kita terjalin kukuh buat selama-lamanya.....




Quote:
This is another of those Linky Love game where you only have to tag 10 person in one post but still there is no actual limit (you can tag more if you want!). Once tagged, you have to copy paste the link in this post, and make them grow!

Do not delete any of the links and be honest to yourself!

************************************************************


BennyLiew, RamblingMoo, Mum & Kids In Wonderland, Judelittle, Our mini blogsphere, Rooms in My Heart, J@n!ce Ng, ChinNee, Jo-N, LadyJava's Lounge, Apples Of The Eyes, aNgRiAniWoRLd, persismutiara, my little family, LG a.k.a Lemongrass ,
McTa ,manje ,nitta,yatt, mat gebu, Mak Lang, Rinn,Kak Liza,Intan aka Nabialishad, Kak Zura, dila




dila tak tau nk panjang kan tag nie pada siapa lagi... tapi dila cuba juga...

1. azie (http://aziemas.blogspot.com)

2. kak ida (http://merpati66.fotopages.com/)

3. kak hunny (http://hunnyishoney.blogspot.com)

4. kak eda (http://edazman7376.blogspot.com)




Quote:
aziemas ~ hehehe... tak per. kita kongsi kegembiraan bersama2.

edazman ~ wahhh ... akk siap wat kerabu lagi , meh nk sepinggan. muka tak malu nie..


Monday, 21-Apr-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Fluffy Banana Cup Cake

sebelum haziq masuk wad ada beli pisang, so bila haziq keluar wad pisang tu dah terlalu masak. terus teringat kan resipi Fluffy banana cup cake resipi "Mat Gebu" dari MyR yang dah lama dlm simpanan. bahan2 pun mudah jer... cik Mat dila copy paste dari blog cik mat ya.... jangan marah tau.

tapi cup cake dila menurun selepas kuarkan dari oven, tak tau kenapa. walau apa pun rasanya mmg sedap, lembut dan gebuuuuu.





Quote:
Fluffy Banana Cup Cake

Bahan-Bahannya:- (buat 1/2 dari adunan dibawah)
120 g tepung halus/tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*
1/4 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan dan diayak)
4 biji telur gred A
120 g pisang, dilecek
120 g gula halus
1/2 camca besar ovallate
85 g mentega cair
50 g kacang walnut, dicincang kasar (tak letak)

Cara membuatnya:-

1. Satukan gula dengan ovallate, pukul hingga sebati dengan gula. Masukkan telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan gebu.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, gunakan speed sederhana. Kemudian masukkan pisang lecek dan diakhiri dengan mentega cair. Gaul hingga semua rata dan sebati.
3. Masukkan cincangan kacang walnut dan gaul rata, sudukan ke dalam paper cup hingga hampir penuh. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C, selama 20 minit. Keluarkan dari oven bila masak dan sejukkan atas jaringan.


Friday, 18-Apr-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Haziq kena tahan kat wad.....

 
 
 
View all 8 photos...
hari nie meninggalkan kesan yang cukup mendalam dlm sejarah hidupku. haziq kena demam panas sehingga kejang. pukul 4 pagi dia kena kejang, bangun2 tdo terus bekejar ke hospital. mmg tergamam tak tau nk buat apa, otak tiba2 jammed untuk berfikir. sampai hospital jururawat nk masukkan air, cari urat tak jumpa. habis kiri kanan tangan kena cucuk dgn jarum. kesian sungguh tengok dia menjerit2 kesakitan, sehingga tak sedar air mata ku turut menitis. hati ibu mana yang tak tersentuh bila lihat ank meraung2.
pukul 6.30 pagi haziq dimasukkan ke wad kanak2 di Hospital Tengku Anis Pasir Puteh.
ingatkan siang tu dah boleh balik, tapi doktor kata dikhuatiri akan berlaku lagi.lebih baik tinggal dulu kat hospital sehingga haziq betul2 sihat.
so...malam nie kita tdo di hospital ya sayang. satu malam aku tak tdo sebab terpaksa berjaga2 takut badan dia panas lagi. tapi ku tak keseorangan kerana ibu mertua ku sudi sama2 menjaga haziq kat wad. mungkin dia pun risau kan keadaan haziq. terima kasihhh....
keesokan hari bila doktor check haziq disahkan dah tak demam jadi dibenarkan balik ke rumah. Alhamdulilah.....
sepanjang hari di hospital haziq sungguh happy, walaupun kat tangan masih ada jarum masukkan air. ada masanya dia suruh picit tangannya, mungkin sakit agaknya. makan pun berselera, siap boleh menyanyi2 lagu "aspalela".
huuu...dia tak tau yang ibu begitu risau kan keadaannya. bila dah bunyi suara tu mmg dah sah la dia dah sihat, klu tak senyap jer.





Thursday, 3-Apr-2008 07:11 Email | Share | | Bookmark
Sosej cheese puff

sungguh gebu....
 
dah lama amik resipi ni dari MyR.. baru jumpa puff pastry nie smlm. pagi tadi dgn rajinnya terus wat Sosej cheese puff nie. sungguh mudah untuk membuatnya...

dila syer resipi ni untuk semua....
harap k yani tak marah ya....



Quote:
Bahan-bahan ( 4 org )

* 8 btg cheese sosej
* 8 keping puff pastry
* 1/2 biji telur

Cara-cara

1.Rebus sekejap sosej sehingga lembut. Sejukkan.
2.Keluarkan puff pastry dr peti sejuk . Bila dah lembut, letakkan sosej dan gulung.
3.Potongkan bahagian atas puff tadi. Dan sapukan telur ke atasnya.
4. Bakar dalam oven dgn suhu 180C selama 25-30 minit



Quote:
azie ~ sila..sila ... dila pun link blog azie kat fp dila. sama2 memeriahkan lagi dunia masakan.

edazman ~ ok..dila dah edit semula blog eda dlm fp dila.

mamazieza ~ upppsss... malunya mama sudi juga melawat fp dila. bila angin M datang
wat puff la yang paling senang.

Zura ~ terima kasih zura... ni bru pertama kali dila terima award terharu sungguh.....
dila pi amik sekarang.....zoooooooommmmm




[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net