Want your
own Fotopage?

















 
fadilah's FotoPage

By: dila azuraizi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]
Friday, 25-Apr-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
bersantai di KB MALL

serius betul tenung bola...
 
 
View all 4 photos...
bila rasa boring2 encik suami mengajak kita orang pi jalan2, bila tak tau mana nk pegi saja la nk test skill lama main bowling. ingat malas nk main, almaklum mmg tak penah main bowling. kebetulan adik2 ipar ada balik kat rumah, ajak diaorg join sekali. mula2 mmg rasa malu sbb bola byk masuk longkang, tpi bila pandang kiri kanan pun sama jugak mcm aku...hahahaha...
mcm nk pecah lantai tu bila aku baling. ...

haziq pun nk tumpang dua kaki nk baling jugak.




Quote:
jom sembang:-

ctnik ~ salam kenal tuk ctnik juga. kat rumah mmg ada termometer, biasa klu haziq demam pun cuma demam biasa2 jer. tak pernah pun smpi panas mcm nie. lepas nie akan lebih berhati2.

aziemas ~ hehehe... baru jer amik . tak menyempat2 nk wat h/work yang azie bagi tu.

edazman ~ kak eda dila dah wat pun h/work nya harap akk berpuas hati ya.

eRmA LiNa ~ haziq pandai mengacau org jer.

Happy Mothers Day utk Dila..... First time along buat message kat fotopage....tak bape pandai...cuba2 je ni sbb Hari Ibu punya pasal.... Sat 10-May-2008 15:46
Posted by:AlongRoz  - [Link]
LOWO NYE MULUT DIA,,,HEHE Thu 15-May-2008 08:11
Posted by:ija shariza  - [Link]
Dok kat Kelantan ke? Kat area mana? Mmg org sana ke? Best ni jumpa org sekampung.............cuma sy stay kat KL. Tapi tiap-tiap tahun mesti balik........... Thu 29-May-2008 06:18
Posted by:Nini  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Wednesday, 23-Apr-2008 09:48 Email | Share | | Bookmark
Touch of Nature

hari yang begitu indah, bila buka saja fp dila dapat bingkisan indah kiriman seorang teman di alam cyber ini.. zura ( http://zura1827.fotopages.com)
terima kasih diucapkan, semoga ikatan persahabatan kita terjalin kukuh buat selama-lamanya.....




Quote:
This is another of those Linky Love game where you only have to tag 10 person in one post but still there is no actual limit (you can tag more if you want!). Once tagged, you have to copy paste the link in this post, and make them grow!

Do not delete any of the links and be honest to yourself!

************************************************************


BennyLiew, RamblingMoo, Mum & Kids In Wonderland, Judelittle, Our mini blogsphere, Rooms in My Heart, J@n!ce Ng, ChinNee, Jo-N, LadyJava's Lounge, Apples Of The Eyes, aNgRiAniWoRLd, persismutiara, my little family, LG a.k.a Lemongrass ,
McTa ,manje ,nitta,yatt, mat gebu, Mak Lang, Rinn,Kak Liza,Intan aka Nabialishad, Kak Zura, dila




dila tak tau nk panjang kan tag nie pada siapa lagi... tapi dila cuba juga...

1. azie (http://aziemas.blogspot.com)

2. kak ida (http://merpati66.fotopages.com/)

3. kak hunny (http://hunnyishoney.blogspot.com)

4. kak eda (http://edazman7376.blogspot.com)




Quote:
aziemas ~ hehehe... tak per. kita kongsi kegembiraan bersama2.

edazman ~ wahhh ... akk siap wat kerabu lagi , meh nk sepinggan. muka tak malu nie..

a'kum, dtg melawat ni...saja nak kacau mlm2 ni...hhehehe...mesti lena diulit intan sekrg...terima kasih bg akak bunga kantan tu...akak dah guna wat kerabu...heheehh Sat 26-Apr-2008 16:19
Posted by:edazman  - [Link]
mekasih dila...akak dah ambik...2,3 hari lepas tapi tak tempek kat blog lagi...tenet slow la,nak online pun x de mood... Sun 27-Apr-2008 15:55
Posted by:hunny
hai dila....1st time jalan2 umah dila ni....tu pun malam2 buta....sori..... Fri 16-May-2008 15:57
Posted by:fatinz
View all 4 comments Add comment


Monday, 21-Apr-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Fluffy Banana Cup Cake

sebelum haziq masuk wad ada beli pisang, so bila haziq keluar wad pisang tu dah terlalu masak. terus teringat kan resipi Fluffy banana cup cake resipi "Mat Gebu" dari MyR yang dah lama dlm simpanan. bahan2 pun mudah jer... cik Mat dila copy paste dari blog cik mat ya.... jangan marah tau.

tapi cup cake dila menurun selepas kuarkan dari oven, tak tau kenapa. walau apa pun rasanya mmg sedap, lembut dan gebuuuuu.





Quote:
Fluffy Banana Cup Cake

Bahan-Bahannya:- (buat 1/2 dari adunan dibawah)
120 g tepung halus/tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*
1/4 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan dan diayak)
4 biji telur gred A
120 g pisang, dilecek
120 g gula halus
1/2 camca besar ovallate
85 g mentega cair
50 g kacang walnut, dicincang kasar (tak letak)

Cara membuatnya:-

1. Satukan gula dengan ovallate, pukul hingga sebati dengan gula. Masukkan telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan gebu.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, gunakan speed sederhana. Kemudian masukkan pisang lecek dan diakhiri dengan mentega cair. Gaul hingga semua rata dan sebati.
3. Masukkan cincangan kacang walnut dan gaul rata, sudukan ke dalam paper cup hingga hampir penuh. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C, selama 20 minit. Keluarkan dari oven bila masak dan sejukkan atas jaringan.

Care to comment?


Friday, 18-Apr-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Haziq kena tahan kat wad.....

 
 
 
View all 8 photos...
hari nie meninggalkan kesan yang cukup mendalam dlm sejarah hidupku. haziq kena demam panas sehingga kejang. pukul 4 pagi dia kena kejang, bangun2 tdo terus bekejar ke hospital. mmg tergamam tak tau nk buat apa, otak tiba2 jammed untuk berfikir. sampai hospital jururawat nk masukkan air, cari urat tak jumpa. habis kiri kanan tangan kena cucuk dgn jarum. kesian sungguh tengok dia menjerit2 kesakitan, sehingga tak sedar air mata ku turut menitis. hati ibu mana yang tak tersentuh bila lihat ank meraung2.
pukul 6.30 pagi haziq dimasukkan ke wad kanak2 di Hospital Tengku Anis Pasir Puteh.
ingatkan siang tu dah boleh balik, tapi doktor kata dikhuatiri akan berlaku lagi.lebih baik tinggal dulu kat hospital sehingga haziq betul2 sihat.
so...malam nie kita tdo di hospital ya sayang. satu malam aku tak tdo sebab terpaksa berjaga2 takut badan dia panas lagi. tapi ku tak keseorangan kerana ibu mertua ku sudi sama2 menjaga haziq kat wad. mungkin dia pun risau kan keadaan haziq. terima kasihhh....
keesokan hari bila doktor check haziq disahkan dah tak demam jadi dibenarkan balik ke rumah. Alhamdulilah.....
sepanjang hari di hospital haziq sungguh happy, walaupun kat tangan masih ada jarum masukkan air. ada masanya dia suruh picit tangannya, mungkin sakit agaknya. makan pun berselera, siap boleh menyanyi2 lagu "aspalela".
huuu...dia tak tau yang ibu begitu risau kan keadaannya. bila dah bunyi suara tu mmg dah sah la dia dah sihat, klu tak senyap jer.




Care to comment?


Thursday, 3-Apr-2008 07:11 Email | Share | | Bookmark
Sosej cheese puff

sungguh gebu....
 
dah lama amik resipi ni dari MyR.. baru jumpa puff pastry nie smlm. pagi tadi dgn rajinnya terus wat Sosej cheese puff nie. sungguh mudah untuk membuatnya...

dila syer resipi ni untuk semua....
harap k yani tak marah ya....



Quote:
Bahan-bahan ( 4 org )

* 8 btg cheese sosej
* 8 keping puff pastry
* 1/2 biji telur

Cara-cara

1.Rebus sekejap sosej sehingga lembut. Sejukkan.
2.Keluarkan puff pastry dr peti sejuk . Bila dah lembut, letakkan sosej dan gulung.
3.Potongkan bahagian atas puff tadi. Dan sapukan telur ke atasnya.
4. Bakar dalam oven dgn suhu 180C selama 25-30 minit



Quote:
azie ~ sila..sila ... dila pun link blog azie kat fp dila. sama2 memeriahkan lagi dunia masakan.

edazman ~ ok..dila dah edit semula blog eda dlm fp dila.

mamazieza ~ upppsss... malunya mama sudi juga melawat fp dila. bila angin M datang
wat puff la yang paling senang.

Zura ~ terima kasih zura... ni bru pertama kali dila terima award terharu sungguh.....
dila pi amik sekarang.....zoooooooommmmm



kak dila.. fp dah update. buat2 la jenguk... heheh Fri 11-Apr-2008 10:52
Posted by:eRmA LiNa  - [Link]
woww puff pastry.. mama cukup suka buat.. senang dan cepat.. hehehe.. dan mama suka guna jenama KAWAN yang Flakey punya/... Wed 16-Apr-2008 04:55
Posted by:mamazieza
AMIK MUNGA KANTAN KAT FP ZURA YE Wed 23-Apr-2008 07:31
Posted by:Zura zura1827@yahoo.com  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Monday, 31-Mar-2008 06:50 Email | Share | | Bookmark
HaPpY bIrThDaY To Me.....

tengah layan makan spaghetti...
kalau tengah makan tak pandang kiri kanan dah...
 
View all 4 photos...
hari nie genap umur ku 27 tahun, dah tua rupanya. tak sambut mana pun cuma husband dila bawak gi makan kat pizza hut, makan 3 beranak saje. yang terharunya hb belikan hadiah, walaupun tak mahal tapi cukup bernilai pada dila. sbb dia masih ingat hari lahirku... I LOVE YOU ABANG......


terima kasih sebb sudi bertandang ke fp dila yang serba kekurangan nie......

Quote:
eRmA ~ thanks tuk ucapan birthday tu. ala..dah tua2 nie tak yah hadiah2 dah. tapi klu nk bagi akk tak tolak...hehehehe

Ah Mat Gebu ~ ala..fp dila nie serba kekurangan ah mat. mcm tak der masa nk update. sudi2 lah singgah kesini lagi..

sweetlilly ~ thank you.

zai KuLiM ~ wahhh.... fpi zai skrg nie dah fofular. tahniahhhh...InsyaAllah klu ada kesempatan nnti dila akan pi ronda2.

hunny ~ bukan kat KB Mall kat bandar Kota Bharu, depan bangunan KWSP tu... tak ramai org sangat.

dayang santubong ~ W'salam

niksue ~ wahhhhh... dah 27 akk kata dila muda lagi.. tambah2 kembang la jawabnya



makan pizza kat KB mall ke?happy belated b'day.... Tue 8-Apr-2008 06:49
Posted by:hunny
samekom Sun 20-Apr-2008 15:10
Posted by:dayang santubong dygchanj@yahoo.com  - [Link]
ala dila baru 27 muda lg tp kaksue tengok cam awal 20-an je.......awek mude........ Sat 26-Apr-2008 06:01
Posted by:niksue suhailley@hotmail.com
View all 7 comments Add comment


Sunday, 30-Mar-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
lampu....

pintu gerbang masa hari siang
 
pintu gerbang masa malam hari
View all 4 photos...
tak tau nk letak tajuk apa kat entry nie... baru-baru nie g KB sempat amik gambar lampu-lampu kat setiap pintu gerbang. cantik sungguh, setiap pintu gerbang berbeza-beza dia punya tema dan hiasannya. tapi tak semua dila ambil, yang ni diantaranya.....

Care to comment?


Sunday, 30-Mar-2008 05:51 Email | Share | | Bookmark
berkelah di Lata Rek Kuala Krai..

 
budak tak reti dok diam..tengah panas nk merayap jugak
tandas disediakan, tapi berkunci
View all 6 photos...
tak berkesempatan nk update skrg nie..tak tau la virus apa yang menyerang skrg nie. suka ronda2 fp org lain, bila tengok fp sendiri jadi malas nk update lagi. ni gambar masa g berkelah baru-baru nie tak banyak yang diambil pun. suka tengok pokok2 yang menghijau, lagipun tak sesuai sangat nk kemana2 sbb cuaca terlalu panas.

Asalamualaikum.. Best gak tengok kampung kelahiran saya dikunjungi ramai orang walhal saya sendiri bila balik ke kampung jarang sekali pergi ke sana. Jarak rumah saya dengan air terjun 1km je dan kalau dari rumah nenek tak sampai 500meter pun. Kawasan bawah lata, adalah didiami oleh saudara mara saya terdekat. tempat cantik tapi kurang kemudahan terutama tandas yang sering menjadi rungutan pengunjung ke situ. Tandas yang ada sekarang ni pun dah jadi mangsa vandalisme budak-budak perosakdari luar kampung lata rek. seingat saya dah lama kerajaan pernah buat tandas dan beberapa kemudahan lain tapi masalah banjir yang sering melanda menyebabakan kemudahan dihanyutkan air walaupun sekukuh mana pun. Tapi saya masih bersyukur kerana masih ramai yang sudi mengunjungi air terjun itu walaupun bermacam-macam rungutan kekotoran, masalah tandas dan macam-macam lagi. Kawasan berpasir yang luas akan berubah bentuk setiap kali musim tengkujuh melanda dan kawasan bawah air terjun memang wajib dipenuhi air setiap tahun.
Saya banyak cerita pasal air tejun kampung saya ini, lubuk kelah, lubuk lesung matahari dan macam-macam mitos.. Nak tahu cerita lebih menarik boleh email kat saya... atau layari malau_azam.blogspot..., atau www.metallism.com..
Wassalam..
Fri 6-Jun-2008 22:12
Posted by:kaklong Nora aron_kin@yahoo.com.my
tak ke mana pun Fri 6-Jun-2008 22:19
Posted by:stiooo stioo@gmail.com
Terima kasih kerana sudi datang ke kampung kami Lata Rek.Lata Rek adalah tempat yang paling sesuai untuk mencari ketenangan.Saya sering ke sini samada semasa tension, boring atau tidak ada masalah apa - apa.Bila balik kampung, saya tak akan lupa singgah walaupun sebentar di air terjun ini.Kerana sayangnya saya kepada kampung saya, saya telah pun membina website khas untuk Lata Rek kesayangan saya ini.Anda boleh membukanya di alamat : http://www.latarek.com/ Saya juga adalah admin untuk www.metallism.com . Terima kasih juga kepada Kaklong Nora kerana sudi mempromosikan website saya.Tapi jangan lupa kepada Latarek.com.Segalanya ada di sana.Banyak gambar - gambar menarik ada di situ.Kalau anda ingin menonton video(jika belum pernah ke sana) sahaja, anda juga boleh buka website itu di bahagian galeri.TQ. Terima kasih sekali lagi kepada saudari Fadilah kerana sudi melawat kampung kebanggaan kami. Wed 2-Jul-2008 12:54
Posted by:latarek.com admin  - [Link]
Add comment


Wednesday, 19-Mar-2008 07:37 Email | Share | | Bookmark
haziq....

 
 
 
View all 6 photos...
tak tau nk letak apa lagi.. ni antara gambar anak ku Haziq sekarang ni suka sangat buat "peace" setiap kali gambar nya diambil.

Layannnnnn.......




Quote:
sembang-sembang...
ida isk --> tak sangka nama ank kita sama ya, mmg kreatif kak ida habis semua mainan dia hancur dikerjakan dia. mana yang ilang tayar, terkopak lah...
zai Kulim --> hantu peace sekarang nie.
eRmA --> mudah terikut2 gaya org , skrg nie pandai sebut "wacha", "sempoi", "kebintang"... ikut dlm astro tu.

aalalala.. cutenyaa... sama la kak... anak2 buah sy, asal brgmbr je buat peace... kdg2 buat peace smpai xnmpak muka.. haha.. Fri 21-Mar-2008 07:26
Posted by:eRmA LiNa  - [Link]
Amboi seronak tul erk...buat peace Sat 22-Mar-2008 11:25
Posted by:zai Kulim zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
haziq memang seorg yang creatif tau dan handsome tu mcm anak akak no 2 tu jugak nama sama Thu 27-Mar-2008 15:11
Posted by:ida isk @ Ida Bakery merpati66@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Tuesday, 18-Mar-2008 06:00 Email | Share | | Bookmark
pau gebu...

wat pau mlm tadi tuk sarapan pagi, rasanya dah lama sangat tak makan pau nie. lagipun tak larat nk menguli nya.





Care to comment?


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.