fadilah's FotoPage

By: dila azuraizi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 24-Apr-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Nasi Ayam....

 
kuah sup untuk anakku....
 
View all 4 photos...
hari ni rasa terlebih rajin pulak.... pikir-pikir nk cuba buat nasi ayam pulak. tapi buat yang simple-simple jer. Apa lagi suruh hubby pi beli ayam, mula lah projek memasak. dan akhirnya siap jugak nasi ayam sempoi dari ku..... tak lupa lauk untuk my lil boy.




Monday, 9-Apr-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Daging Masak Lada Hitam....

nampak gelap jer...huhuhu
 
 
View all 4 photos...
Menu untuk makan tengahari hari nie...simple je




Quote:
zura ~ terima kasih kerana sudi jenguk fp ku yg tak seberapa ini.iya ker.....slalunya zura daging tu zura masak mcm mana.
RaqynRafiqin ~ iya ker bonda..tapi tak boleh selalu sgt mkn daging ni.
ida isk ~ terima kasih kak ida...sudi jgk jenguk fp dila yg tak seberapa ni...masih nk belajar lagi dengan sifu nih....




Sunday, 8-Apr-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Rota Kirai @ Roti jala

 
 
 
View all 4 photos...
Menu untuk hari ini...roti jala. dah lama teringin nk makan tapi tak der kesempatan untuk membuatnya...hehehe


Saturday, 7-Apr-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Kuih tart gulung....

kuih tart baru siap digulung..
 
kuih tart gulung selepas disolek....
View all 4 photos...
Hari nie tolong buat kan kuih tart gulung untuk adik ipar. Untuk wat hantaran perkahwinan dia. bukan apa, sambil2 nk habis kan stock jem nenas dalam peti ais. Sayang pulak rasanya kalau nk di buang. kalau dibuat biskut ada gak org yang akan tolong makan.


gambar kuih tart yang belum sempat dibakar......


Bahan-bahan:-
1 buku buttercup
1 biji telur ( diambil kuning sahaja )
3 sudu teh gula halus
3 sudu teh minyak sapi ( Ghee Blend )
3 sudu teh susu tepung
tepung secukupnya

Untuk hiasan:-
1 biji kuning telur (tambah pewarna kuning)
manik2

Cara-cara:-
1. Butter cup + kuning telur digaul rata.
2. Masukkan gula halus diikuti minyak sapi tadi.Digaul hingga sekata.
3. Akhir sekali masukkan susu tepung + tepung gandum tadi.
4. uli sehingga sebati.Jangan terlalu keras / terlalu lembik.


Wednesday, 21-Mar-2007 08:03 Email | Share | | Bookmark
menu masakan hari nie...

tada...dah siap dimasak...terlebih kuah pulak
udang baru siap digoreng
UDANG SWEET-SOUR

Bahan-Bahan:
500 gm udang besar [bersihkan]
1 s/b kunyit
1 s/k garam
minyak

Bahan untuk sos:
5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (belah 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa

Cara:
1. Udang digaulkan dengan kunyit dan garam dan gorengkan sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Asingkan sedikit minyak dan panaskan minyak semula dan tumiskan bawang merah dan bawang putih.
3. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
4. Masukkan juga cili potong dan gula.
5. Setelah kuat pekat, masukkan udang dan gaulkan rata.
6. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain


Quote:
***sorry la kak liza...dila cuma copy dan paste jer malas nk taip..walau apa pun resipi ni sungguh sedap...



Quote:
hanieliza :- sifu ada kat sini ker..... mmg sedap tapi dila suka lebihkan kuah....sbb hubby suka yg berkuah dia tak suka yang kering...



[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net