fadilah's FotoPage

By: dila azuraizi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  >  >>]    [Archive]
Monday, 21-May-2007 10:27 Email | Share | | Bookmark
Soto ayam bonda...stail dila

simple jer...
 
 
View all 5 photos...
Rasa dah jemu asyik makan nasi jer...so hari ni tukar menu pulak. Masak soto ayam, terjumpa resipi dari kak liza jugak, tapi dila tukarkan dari daging kepada ayam.



SOTO AYAM

Bahan:-
1 ekor ayam [potong kecil]
nasi impit atau mee/bihun
taugeh [tak letak sbb tak der ] - buangkan ekornya
air secukupnya
garam
minyak

Bahan tumis:
4 cm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih

Bahan kisar:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
5 cm halia

Cara

1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan tumis dan bahan kisar sehingga wangi.
2. Masukkan ayam, garam dan air secukupnya. Biarkan mereneh sehingga ayam lembut.
3. Untuk hidangan masukkan nasi impit atau mee/bihun serta bahan lain dan sendukkan sup/kuah tadi.
4. Untuk memberikan perisa tambahkan kicap pedas.


* tara jadilah soto ku yang sungguh simple....serba tak cukup
jadilah wat lepas gian sbb teringatkan soto mak kat kampung huhuhu.....time dok jauh ni barulah pandai berdikari.Nasib baik ada bantuan dari fp2 sifu kat sini.




Quote:
dR ali :~ terima kasih jenguk fp dila nih... ala...soto yang simple jer ni...tak cukup syarat sebenonya...


Saturday, 12-May-2007 06:32 Email | Share | | Bookmark
karipap pusing... yang tak berapa nk menjadi

pusing yang tak menjadi...:<
close up sikit...inti kat dalam
 

segannya karipap ku yang tak menjadi.......

KARIPAP PUSING

Bahan-bahan:
1. Doh minyak
300gm tepung gandum
secubit garam
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan air suam
* Campurkan secubit garam ke dalam tepung. Curahkan minyak masak dan gaul mesra tepung dengan hujung jari. Sedikit demi sedikit masukkan air sambil tangan terus menguli sehingga mendapat doh yg tidak melekit di tangan

2. Doh marjerin
150gm tepung gandum
100gm marjerin...sila tambah sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yg tak melekit di tangan.

Untuk inti boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing2. Dila suka gunakan inti kentang + sardine

Inti kentang
1/2 kilo kentang dipotong kiub
1 biji bawang besar - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
segengam ikan bilis - kisar
3 sudu besar serbuk kari
1 tin sardine - asingkan kuah dan ikannya
Garam dan gula secukup rasa
* Tumiskan bahan yang dikisar , masukkan serbuk kari dan tambahkan sedikit air utk mengelakkan tumisan hangus. Kemudian masukkan ubi kentang. Tambahkan air sehingga secukupnya merendam kentang tadi. Masakkan sehingga kentang agak lembut.Masukkan ikan sardine sahaja. Perasakan dengan garam dan gula, kacau sebentar dan tutup api.


huhuhu....sedeynya teringin sangat nk makan karipap pusing bila belek fp rinnchan...tapi tak menjadi plak...rangup memang rangup...tapi dia punya pusing tak nampak sangat...mungkin masa letak inti terbalik kot...tak per ...akan ku cuba lagi....minat punya pasal.thank you rinnchan...dila copy resipinya disini....jangan marah yerrr....


Quote:
Phalinn : terima kasih sbb sudi gak singgah kat fp dila yg tak seberapa nih...segan la nk bagi org...takder rupa...wat malu jer...hehehe


Monday, 30-Apr-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark

 
 
 


teringin sangat nk makan bubur pulut hitam nihh....arituh pegi pasar Siti Khadijah kat Kota Bharu singgah beli pulut hitam nih. Terbuat banyak pulak... hubby pun makan sikit jer...hmmm...apa lagi terpaksa la hantar kat rumah mertua, mintak tolong diaorg habiskan....


Sunday, 29-Apr-2007 06:02 Email | Share | | Bookmark
Kek Marble Projek hujung minggu

teserlah kegelapan kokonya......
 
 
View all 4 photos...
hari ni tak tau nk buat apa....belek2 fp terjumpa resipi kek marble dari siapa lagi kalau tak kak liza. bahan-bahannya pun senang jer semuanya dah ada. apa lagi projek membaking pun bermula lah. tapi terlebih serbuk koko. hehehe..... tapi memang tak rugi mencuba. teserlah kesedapannya. kalau tak percaya cubalah sendiri......


MARBLE CAKE

BAHAN:
bahan A
250 gm butter
40 gm majerin
210 gm gula kastor/halus
5 biji telur ayam

bahan B
230 gm tepung gandum......]
1 sudu teh baking powder....] ayak bersama
30 gm serbuk koko ]

80 ml susu segar/fresh milk

Cara
1. Pukul mentega dan gula hingga betul-betul kembang.
2. Masukkan telur sebiji deni sebiji dan diikuti dengan esenvanilla.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu.
4. Teruskan memukul adunan dengan perlahan untuk seketika sehingga benar-benar sebati.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian yang dimasukkan ke dalam bekas berasingan.
6. Satu bahagian ditambah dengan serbuk koko. Satu bahagian lagi biarkan warna asal.
7. Panaskan oven 180'C selama 10 minit.
8. Sediakan acuan loyang yang telah digriskan terlebih dahulu dengan dedikit mentega dan taburkan tepung nipis sikit atau lapikkan loyang dengan kertas minyak.
9. Sudukan adunan ke dalam loyang dari kedua-dua bahagian secara berselang-seli sehingga kelihatan berbelang.
10. Bakar adunan selama 50 - 60 minit dengan suhu 180 C.










Quote:
aah...ni anak dila nih .....


Wednesday, 25-Apr-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Kuih Apam Bunga..............

kertas dipotong segi empat tepat
potong hujung ... jangan sampai putus
jadikan bentuk kon
View all 8 photos...


resipi tak letak lagi....


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net