fadilah's FotoPage

By: dila azuraizi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 29-May-2007 06:23 Email | Share | | Bookmark
instant puff.....

 
 
 
View all 7 photos...
nak habiskan inti lebih wat pau hari tu, lagipun roti canai instant ada stok kat dlm peti. apa lagi, bangun pagi2 terus buat untuk sarapan pagi la katakan. makan masa panas2 mmg sedap. ambil dari fp kak ida (merpati66.fotopages), sungguh mudah.

Bahanya mudah ajee cuma roti canai segera yang belum masak , sardin (boleh guna sardin any brand) , telur untuk sapu dekat luar roti itu aje.

Telur untuk sapu - letak susu cair dan perwarna kuning supaya warna menarik bila dah masak nanti.
Bakar dlm oven sehingga warna tukar kuning.









Quote:
kak ida :~ jangan la cakap mcm tu kak ida....segan dibuatnya . kalau yang mudah2 tu boleh la nk di cuba... terima kasih bagi resipi nie ya..... psstt... anak dila cukup suka mkn puff nie tau. hubby plak, mcm tak percaya yang dila buat sendiri puff nie. sbb dia ingat dila beli.


Saturday, 26-May-2007 05:49 Email | Share | | Bookmark
kek gula hangus

 
 
 
View all 4 photos...



Kek Gula Hangus

Bahan-bahan ( 6 orang )
1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camt soda bikarbonat
4 biji telur
2 camb mentega

Cara-cara :-

1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
2. Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
3. Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.
4. Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.
5. Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
6. Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.
7. Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
8. Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
9. Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam"



dah lama sebenarnya teringin nk buat kek gula hangus nih. dan akhirnya berjaya juga membuatnyal. ini la pertama kali dalam hidup buat kek gula hangus nih... tak sangka menjadi pulak sarangnya.....
bahan2 nya sungguh mudah... kalau tak percaya cubalah....




Quote:
Lie :~ kalau dah jadi favorites, mesti kena cuba buat..mmg sedap dan mudah jer.
ida isk :~ ya la kak ida...bila tengok sarangnya memang teruja. tapi bab nk wat gula hangus tu, mcm mimpi ngeri.




Friday, 25-May-2007 11:16 Email | Share | | Bookmark
Hari lahir ....

puding lapis kaca
kek keladi
 
View all 8 photos...
Hari nie...genap 2 tahun usia anak ku Muhammad Nor Haziq. Tak sangka dah besar anak ibu. Cuma cakap jer tak berapa nk clear,tp bila nk msk rmh dh pandai sebut "kooomm" (assalamualaikum) dia ambil hujung jer. dan bila kita bg barang kat dia dah pandai ckp "asih" (terima kasih).aku sedia kan laksa penang dgn laksam. dan buat kan puding lapis kaca sebagai pencuci mulut. tak buat majlis besar2 pun. cuma sambut dengan ibu dan ayah nya saja.... cukuplah. dapat resipi ni dari fp kak liza. puding yang simple dan sedap. kalau tak percaya cubalah sendiri... so kita enjoy.









Puding lapis kaca

Bahan-bahan ( 1 family... )
Bahan A:-
13gm serbuk agar2
170gm gula
1 ltr santan
Bahan B:-
13gm serbuk agar2
170gm gula
1ltr air
Cara-cara

1. Masak bahan A n B berasingan seperti memasak agar2 biasa.
2. bahan A dibahagi kepada 3 bahagian dan diwarnakan kuning, hijau n merah atau warna
kesukaan.
3. masukkan satu lapisan B kedalam loyang. sejukkan sebentar dan kemudian lapis pula dengan
satu lapisan A berwarna kuning.
4.kemudian lapis lagi dengan lapisan B dan diikuti dengan lapisan A berwarna hijau. dan begitulah
seterusnya. buat sehingga habis.





Quote:
ida isk :~ cubalah kak ida...rasanya mmg sedap.
zura :~ cuba zura, jangan tak cuba.... dah rasa baru tau keenakannya.
hanieliza :~ hehehe... terima kasih kak liza diatas resipi nie...dila mmg tak pernah buat puding sebelum nie, nie la percubaan pertama. ternyata tak sia2, sedap...


Wednesday, 23-May-2007 07:43 Email | Share | | Bookmark
Lauk simple untuk hari nie.....

 
gulai telur itik sempoi....
 
View all 6 photos...
hari sabtu aritu, jalan g pasar minggu. Jumpa pulak org jual telur itik , hmm.... tak pernah lagi masak gulai telur itik ni. Biasanya makan mak mertua yang masak....hmmm hari nie nk try masak sendiri. Ntah macam mana la rasanya... hubby mkn diam jer. tak banyak komplen.
Untuk sayur nya pulak try wat urap (dlm bahasa jawa). dulu kat kampung mak slalu wat mcm nie... tak pun bila ada wat kenduri kat rumah org2 jawa mesti ada pucuk ubi masak urap nie. Kebiasaannya bila makan nasi ambeng tak tinggal urap pucuk ubi.




gulai telur itik sempoi....

Bahan-bahan ( 2 orang )
5 biji telur itik
450ml santan pekat
1-2 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
* 3 ulas bawang merah
* 1cm kunyit hidup
5-6 biji cili - tak letak (my lil boy tak leh mkn pedas)

Cara:-
1. tumbuk bahan2 bertanda *
2. Masukkan santan, asam keping, bahan2 tumbuk, garam dan gula dalam periuk
3. Jerangkan di atas api yang perlahan sambil dikacau sentiasa supaya tidak pecah minyak
4. Bila santan hampir2 mengelegak pecahkan telur sebiji2 sambil dikacau perlahan2, jangan kacau terlalu kuat nnti telur akan pecah. tak jadi bulat.
5. Jangan masak terlalu lama nanti telur jadi keras tak berapa sedap
6. Sedia dihidangkan






urap pucuk ubi

Bahan2

pucuk ubi
**3 ulas bawang merah
**7-8 biji cili
sedikit kelapa parut - ambil putih
sedikit garam

cara :-
1. celurkan pucuk ubi kedalam air yang mendidih.
2. toskan airnya dan dipotong2 sedikit pucuk ubi tadi agar tak susah nk makan .tapi jangan dipotong terlalu kecil.agak2 tak terlalu kecil dan terlalu besar.
3. kemudian tumbuk bahan2 yang bertanda **
4. satu kan bahan2 tumbuk tadi dengan kelapa parut. jerangkan sebentar di atas dapur, goreng/ sangrai tanpa minyak.perasakan dengan garam.
5. masukkan pucuk ubi yang telah dipotong2 tadi, kacau2 sebentar.jangan terlalu lama diatas dapur.
6. boleh lah dihidangkan.



Quote:
MamaFaMi:~ ala mama.... lauk biasa-biasa jer. tak sedap mana pun.


Tuesday, 22-May-2007 09:49 Email | Share | | Bookmark
kuih seri muka / puteri salat

close up sikit.....
 
 
View all 5 photos...
Dek kerana sayang kan beras pulut yang dah ada bubuk...aku pun pi la rendam beras pulut tu tanpa pk panjang. Alih2 bila dah curah air , baru teringat nk wat apa dengan beras pulut yang banyak nih. Apa lagi, malam tu jgk la aku wat kuih seri muka ni. resipi nya aku cari dari fp sifu2 kat fp nih.Kalau tak silap kak Liza punya..... terima kasih kak liza atas resipinya.
So enjoy dengan resipinya.......


* dila cuma copy and paste jer resipinya kak liza...






KUEH SERIMUKA

Lapisan Bawah:
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair + sikit garam

Cara
1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
2. Kukuskan sehingga masak.
3. Lapikkan pelastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inic.
4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Lapisan Atas:
2 cawan santan pekat
? cawan jus pandan + warna hijau
1/2 cawan gula
3 s/b tepung gandum
3 s/b tepung kastad
1 biji telur
1 s/t garam

Cara
1. Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
3. Kukuskan lebih kurang 30 minit.
4. Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau pelastik.

* Oleh kerana tiada daun pandan kat rumah, dila tukarkan dengan paste pandan dan pewarna hijau tuk lapisan atas nih...


NOTA: untuk memasak pulut untuk serimuka ni..masukkan pulut dalam loyang bersama santan dan garam..pastu letakkan loyang tersebut dalam periuk kukusan dan tutup. kukuskan sehingga 30 minit. Keluarkan dan kacau rata..pastu tekan pulut dalama loyang yg mahu digunakan untuk kueh serimuka supaya mampat dan kemas..then baru masuk kan lapisan atas..



Quote:
waduh-waduh...malunya sifu-sifu melawat fp ku yang tak seberapa nih...terimakasih sbb sudi jgk jenguk kemari..
hanieliza :~ psstt...kalau tak betul tolong beri tunjuk ajar ya..klu kak liza nk tau ni la first time dila
mencuba wat kuih nih...selama dok ngan mak dulu tak penah nk belajar pun.yang
seronoknya terus menjadi lak tu....
MamaFaMi :~ sama la kita mama...dila minat gak kuih nih sbb tu beranikan diri mencuba buatnya.
zura :~ hehehe...mmg sodap la zura.... (masuk bakul bocor nampaknya nih)


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net